Apa itu Cukai Output dan Cukai Input?
#GST15
Cukai Output
Ini adalah cukai ke atas apa-apa pembekalan bercukai barang atau perkhidmatan yang dibuat oleh orang kena cukai dalam penjalanan urusan atau penerusan perniagaannya di Malaysia.
Cukai Input ertinya:
1. cukai ke atas apa-apa pembekalan barang atau perkhidmata kepada orang kena cukai; dan
2. cukai yang dibayar atau yang akan dibayar oleh orang kena cukai ke atas apa-apa pengimportan barang
Adakah cukai output anda melebihi cukai input?
Kalau jawapan anda "YA", anda perlu bayar kepada Jabatan Kastam dalam masa satu bulan selepas tamat tempoh bercukai.
Adakah cukai input anda melebihi cukai output?
Jika sebaliknya, cukai input anda lebih besar daripada cukai output anda, maka itulah
yang dipanggil sebagai satu tuntutan kredit cukai input dan pembayaran balik ("REFUND") akan dibuat oleh Jabatan Kastam dalam masa 14 hari untuk e-filing dan 28 hari secara manual.
Bagaimanapun, tuntutan cukai input hanya dibenarkan jika peniaga membekalkan barang atau perkhidmatan berkadar standard 6 peratus atau kadar sifar dan tidak untuk barangan atau perkhidmatan dikecualikan cukai.
Jika cukai input sama dengan cukai output
Borang GST masih perlu di hantar dengan "KOSONG" ataupun "NIL RETURN"
Jika cukai input sama dengan cukai output
Borang GST masih perlu di hantar dengan "KOSONG" ataupun "NIL RETURN"
Saya berharap maklumat yang diberi kepada anda akan membantu semua dalam implementasi proyek GST tahun 2015 dengan lancar.
For a FREE TRIAL ACCESS to SAP Business One Cloud
CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (lebih dikenali sebagai GST)
CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (lebih dikenali sebagai GST)
No comments:
Post a Comment